Info ini khusus disediakan untuk anda semua yang melayari blog ini...

Tuesday, May 10, 2011

Tips dari Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur,otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah &dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan,vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selepa makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas,perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb,bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja,jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30(org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang Semasa buang air besar,mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar Tatacara didik anak Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri)akan lebih"lapang"/"lega" dan mudah berdegup (erjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang(or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

Tatacara didik diri sendiri Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua(tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc

Ada 3 kategori manusia :-

BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

Wednesday, April 13, 2011

RENUNGAN KENDIRI SEORANG GURU...

OLEH ITU JUJURLAH DALAM MENILAI DIRI ANDA....

Adakah anda seorang yang sentiasa berlaku adil???


Adakah anda seorang yang penyabar???

Adakah anda seorang yang penyayang???

Adakah tindakan anda sentiasa mendapat sanjungan???


RENUNG-RENUNGKANLAH....

Pemansuhan PPSMI


 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan mulai 2012 di sekolah rendah dan sekolah menengah Malaysia. Tetapi Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa pengantar di peringkat universiti, matrikulasi dan tingkatan 6. Pemansuhkan itu diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Julai 2009 setelah mendapat kecaman parti politik, ibu bapa cendekiawan, pakar bahasa dan sasterawan di Malaysia. Selain itu kajian bebas antarabangsa turut membuktikan tahap pencapaian negara merosot dengan teruknya di kalangan 59 negara.
          Hasil kajian kajian 2007, kajian penting antarabangsa mengenai pencapaian Matematik dan Sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) dilaksanakan membabitkan 59 negara oleh Trends in Internationnal Mathematics and Science Study.

         
          Hasil kajian 2007 menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.
          Di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS 2007, yang dilaksanakan Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat itu, ada negara yang skor purata pencapaian pelajarnya meningkat sedikit atau menurun sedikit. Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi Matematik dan 40 mata bagi Sains adalah signifikan, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di kalangan 59 negara itu.
          Berdasarkan pelbagai pertimbangan, pemansuhan itu diputuskan oleh kabinet Malaysia. Sebelum itu Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendapatkan pandangan daripada penggerak dasar tersebut, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau juga menemui pihak UNESCO di Paris untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak.
          Pemansuhan itu dibantah oleh pengagum bahasa Inggeris, mereka yang bertutur bahasa Inggeris di rumah, bersekolah di bandar dan lain-lain. Antaranya adalah Kelab Penyokong PPSMI yang menggelar kumpulan mereka PAGE (Parents Action Group for English) dan dipengerusi oleh Noor Azimah Abdul Rahim. Peruntukan RM5 juta disediakan untuk memantapkan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.

Wednesday, January 19, 2011

Tips Penjagaan Si Kecil...

Diet Semasa Anak Demam

Apabila demam, kanak-kanak akan hilang selera makan...
Mereka juga berada dalam keadaan lemah. Maka adalah penting anda memastikan anak-anak yang kurang sihat itu mendapat nutrisi yang baik untuk melegakan simptom-simptom demam, dan membuat mereka lebih selesa.

1. Diet yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami demam adalah yang tinggi kalori serta protein, tetapi kurang lemak. Makanan yang disediakan juga perlu mengandungi lebih cecair.
2. Dua tiga hari pertama anak anda demam, sediakan diet yang banyak cecair seperti sup, air glukos dan jus. Jika anak anda tidak mengalami cirit-birit, anda juga boleh memberi mereka susu. Berikan mereka makan dalam kuantiti sedikit setiap dua jam, kemudian tambah kuantitinya setiap empat jam.
3. Makanan yang disediakan perlu lembut, mudah dihadam dan diserap seperti bubur, bijiran dan susu, buah-buahah lembut seperti pisang, betik, oren dan sayur-sayuran yang direbus.
4. Pengambilan protein perlu ditingkatkan. Anda boleh memberi anak anda susu, telur dan dal yang mengandungi nilai nutrisi protein yang tinggi.
5. Bagaimanapun, anda perlu mengelak memberi anak-anak yang demam makanan berlemak, pedas dan berfiber tinggi yang sukar dihadam.
6. Penting juga diingatkan, apabila seseorang demam nutrien seperti Vitamin A, C, B, Kalsium, zat besi dan sodium perlu ditingkatkan.


Bubur baik untuk anak-anak yang sedang demam, tetapi elakkan makanan berminyak, pedas dan berempah.

Secara ringkas, antara makanan yang perlu diberikan adalah:
* Jus buah-buahan, air glukos, susu, air barli, telur, sup, bijirin, daging yang lembut, ikan bakar, sayur-sayuran berdaun yang direbus, buah-buahan kering yang dikisar bersama susu.
Antara makanan yang perlu dielak pula ialah:
* Mentega, minyak sapi, makanan bergoreng, pastri yang berlemak, puding yang berkrim, makanan yang terlalu pedas atau berempah, sup berkrim dan minuman yang terlalu berperisa.

Role Model Of Servant Leadership...

Ayam Seribu Rasa

Wow... resepi ni mendapat rating tertinggi....Cuba la...
Bahan- Bahan:
1 ekor ayam - dipotong 4 dan bersihkan
3 sudu besar madu
2 sudu besar kismis
5 sudu besar tomato puri/sos
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
Bahan Perap Ayam:
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar serbuk kunyit
4 sudu besar serbuk kari ayam
Bahan Tumis:
1 sudu besar jintan manis (biji)
1 sudu besar ketumbar (biji)
1 sudu besar jintan putih (biji)
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
4 cm halia muda
Cara Menyediakan:
1. Perap ayam dengan sebahagian bahagian perap selama setengah jam.
2. Kemudian panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.
3. Tumbuk semua bahan tumis hingga lumat, kemudian tumis hingga garing.
4. Masukkan lebihan bahan perap ayam dan tuangkan tomato puri/sos dan juga tumis. Masukkan garam secukup rasa.
5. Biarkan mereneh hingga naik baunya. Kemudian tuangkan madu dan kecilkan api seketika.
6. Masukkan ayam dan gaul hingga rata.

My Smiley...

Friday, January 14, 2011

Macam-macam Hal...

Membuang toksid


BAHAN-BAHAN:
1 biji epal
Daun saleri


CARA-CARA:
1. Kisarkan epal hijau dengan daun saleri.
2. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.


NOTA:
Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.

Cekur Legakan Penyakit

Nama botani cekur ialah Kaempferia Galanga, dan tergolong dalam famili Zingiberacea. Dalam bahasa Thai, cekur dikenali dengan nama Pro Hom.


Herba yang tidak berbatang ini tumbuh melebar di atas tanah. Bentuknya seperti kunyit tetapi berwarna coklat kekuning-kuningan. Tumbuhan bersaiz kecil ini mempunyai daun dalam anggaran dua hingga tujuh helai. Daunnya berbentuk bujur tirus, licin dan tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Bahagian hujung daunnya agak runcing dan saiznya boleh mencapai 15 sentimeter panjang dan 10 sentimeter lebar.


Selain itu, cekur juga mempunyai bunga berwarna putih keunguan. Pada bahagian rizomnya pula terdapat ubi-ubian berbentuk seakan-akan jari. Apa yang istimewanya tentang tumbuhan ini adalah tentang daun dan akarnya yang mempunyai aroma yang unik serta membangkitkan selera.


Kegunaan
Dalam perubatan tradisional Melayu, rizom cekur sering digunakan sebagai salah satu ramuan untuk mengubati beberapa jenis penyakit seperti kembung perut, batuk, muntah, sakit urat dan beberapa penyakit lain. Caranya adalah dengan memakan bahagian rizomnya secara segar. Ada juga yang minum air perahan rizomnya untuk mengatasi penyakit-penyakit tersebut.
Manakala dalam perubatan tradisional Cina, akar rizom cekur yang telah matang dibersihkan untuk diluntur dengan asap sulfan (sulfan atau sulfur trioxide adalah bahan kimia yang bersifat mengakis dan sesuai dijadikan peluntur) selama sehari sebelum dijemur kering. Rizom cekur tersebut kemudiannya digunakan untuk mengatasi masalah sakit gigi, menghilangkan kelemumur dan membunuh kutu di kepala.
Selain itu, perubatan tradisional Cina turut menggunakan bahagian rizom cekur yang segar untuk mengatasi masalah sembelit, sakit kepala dan membuang angin dalam perut.
Di Indonesia,  wanita di sana menggunakan rizom cekur sebagai salah satu bahan dalam pembuatan jamu dan tonik. Bagi melegakan selesema, caranya mudah sahaja; pesakit hanya perlu menghidu bau rizomnya.
Di samping itu, daun cekur banyak digunakan oleh masyarakat tempatan sebagai ulam-ulaman. Orang tua-tua berpendapat bahawa daunnya mampu menambah selera makan.
Selain berguna dalam mengubati penyakit tertentu, cekur turut bermanfaat untuk wanita selepas bersalin. Rizom cekur dipercayai dapat menghangatkan bahagian perut, mengurangkan bengkak, kebas otot dan menyembuhkan luka di dalam perut.
Malah amalan meminum air asam jawa bersama campuran cekur sepanjang tempoh berpantang mampu mengempiskan perut.
Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan susu badan pula, anda boleh mengambil inisiatif dengan mengamalkan makan cekur bersama kunyit dan pucuk betik. Amalan ini berupaya menambahkan kuantiti susu badan anda.

Info penting
1. Mereka yang ingin mengamalkan pengambilan pokok cekur sebagai sebahagian bahan dalam tonik dan jamu, dinasihatkan supaya merujuk kepada ahli botani yang diiktiraf terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya hal-hal yang tidak diingini.
2. Pesakit dinasihatkan agar menghentikan pengambilan rizom cekur jika berlaku kesan buruk pada kesihatan selepas pengambilan herba ini. Segera dapatkan rawatan di hospital atau klinik yang berdekatan untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.
3. Awas! Bagi mereka yang tidak gemar memakan tumbuhan herba, rasa cekur amat pahit.

Doa Pelindung & Penawar Angin Ahmar

              PENYAKIT Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimanapun, dengan rahmat dan belas kasihan Allah swt kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhammad s.a.w., umat Islam dikurniakan doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.
Amalkanlah membaca doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup. Dengan mematuhi kaedah dan adab-adab berdoa disamping berikhtiar, Insya Allah, mudah-mudahan doa kita dikabulkan dan kita terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.

Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.
Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.
Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.
Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.
Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...